Wednesday, July 22, 2026

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung kira-kira 23.4 batu nautika perairan Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor pada pukul 1.08 tengah hari tadi.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut daripada bot nelayan tempatan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, sebuah bot peronda telah dihantar ke kawasan berkenaan bagi mendapatkan maklumat.

“Bot PETIR 50 yang sedang melaksanakan operasi telah digerakkan ke lokasi bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

“Setibanya di lokasi kejadian, mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung lengkap berpakaian baju warna hitam berbelang merah dan berseluar pendek warna hitam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mayat itu kemudiannya dibawa ke jeti Zon Maritim Tanjung Sedili sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tindakan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan