26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ajaran Sihulk: Polis buru pengikut hingga ke luar negara

Beberapa laporan polis dibuat di Johor dan perbuatan memuat naik video berkenaan disifatkan sebagai mencabar pihak berkuasa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS akan memburu para penyebar ajaran sesat Sihulk menerusi media sosial walaupun pengikut ajaran berkenaan berada di luar negara, kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Beliau berkata, ini bagi memastikan kumpulan pengamal ajaran sesat berkenaan dapat dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan ajaran yang menyimpang

Menurut berkata, perbuatan kumpulan terbabit tidak boleh diterima sama sekali selain memastikan tiada lagi yang terpengaruh dengan ajaran sesat itu.

Beliau memberitahu, terdapat beberapa laporan polis dibuat di negeri ini dan perbuatan memuat naik video berkenaan disifatkan sebagai mencabar pihak berkuasa.

“Memang ada laporan polis. Polis akan bekerjasama dengan JAINJ (Jabatan Agama Islam Negeri Johor) bagi memastikan mereka ini diambil tindakan.

“Kita dimaklumkan mereka berada di luar negara. Pengikut ini mencabar pihak berkuasa dan mencabar negara kita kerana agama Islam agama rasmi kita,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Advertisements

Sebelum ini beberapa video pengakuan pengikut ajaran sesat tersebut kian aktif memuat naik pengakuan mereka yang terpesong dengan mengakui Nabi Muhammad sebagai ALLAH.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, dakwaan ajaran tersebut adalah jelas songsang dan tidak boleh diterima sama sekali selain mengundang kemarahan umat Islam.

“Walau bagaimanapun kita masih meneruskan siasatan berhubung kumpulan ini.

“Kita ada undang-undang dan pastikan siasatan diteruskan (sehingga) mereka dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihaknya tidak mahu orang lain terutama anak muda terpengaruh dengan ajaran tersebut.

“Keluarga perlu ambil berat. Jelas terpesong. Saya nasihatkan berhati-hati, ibu bapa anak yang selalu suka lihat video seperti ini, pastikan supaya kita tidak terpesong akidah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan