28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Al-Hilal tawar rekod perpindahan dunia untuk Mbappe

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan rekod perpindahan RM1.57 bilion bilion bagi mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Tawaran tersebut dikemukakan Al-Hilal susulan PSG meletakkan Mbappe dalam senarai untuk dijual selepas penyerang berusia 24 tahun itu enggan menyambung kontrak baharu.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi enggan kehilangan penyerang itu secara percuma pada akhir musim 2023-2024.

Kelab gergasi Perancis itu dilapor menerima tawaran tersebut dan memberikan kebenaran kepada Mbappe untuk memulakan rundingan dengan Al-Hilal.

Advertisements

Mbappe tidak mengambil bahagian dalam jelajah pramusim PSG ke Jepun dan pemain itu turut diintai kelab Inggeris seperti Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspurs.

Bagaimanapun, kesemua kelab itu dijangka gagal menyaingi tawaran yang dikemukakan Al-Hilal.

Dengan Mbappe menolak untuk menyambung kontrak, PSG mengesyaki penyerang itu telah bersetuju menyertai Real Madrid pada musim panas depan.

PSG bagaimanapun mungkin meletakkan Mbappe di bangku simpanan sepanjang musim jika penyerang itu enggan berpindah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan