25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Shabery yakin calon DUN Kemasik diterima ramai

Mesti Baca

CALON bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof diyakini akan diterima ramai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu bulan depan.

Keyakinan itu disuarakan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yang juga Pengerusi Urusetia UMNO DUN Kemasik berkata, Mohd Khairi Afiq bukan sahaja berkelayakan tetapi juga sudah biasa dengan kerja-kerja kemasyarakatan.

“Saya dapat maklum balas daripada orang ramai tentang calon dikemuka begitu baik sekali. Kita bangga bahawa dia adalah antara calon termuda dalam negeri Terengganu,” kata Pengerusi Felda itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani sempena Hari Peneroka Felda Wilayah Terengganu di Felda Kerteh 5, Kemaman semalam.

Advertisements

Mohd Khairi Afiq, 37, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Timbalan Urusetia UMNO DUN Kemasik itu telah berkecimpung dalam politik sejak lima tahun lalu apabila menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kemaman.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Hapihz Tengku Putera berkata, PRN kali ini sedikit mencabar apabila hanya dua calon muda ditampilkan oleh BN.

“Sedikit mencabar apabila calon pemuda BN pula hanya dua daripada 26 calon BN yg dipertandingkan. 10 peratus berbanding 55 peratus. Insya-Allah kita ada ramuan magik!,” katanya.

Selain, Mohd Khairi Afiq, seorang lagi calon muda yang diketengahkan ialah Mohd Rozaini Mohd Rasli bagi kerusi DUN Jertih. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan