26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

The 1975: Fahmi nafi cipta naratif burukkan Pas 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebaran poster yang mendakwa beliau sengaja mencipta naratif insiden biadab kumpulan muzik, The 1975 bagi memburukkan Pas.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, poster tersebut merupakan satu fitnah dan direka oleh pihak yang berani mencabar undang-undang.

“Poster ini adalah fitnah! Saya telah arah pejabat untuk buat laporan pada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Di hari kita semua bersedih kehilangan seorang rakan seperjuangan yang baik, ada yang masih sempat dan tak takut melakukan fitnah. 

“Bagaimana pereka poster ini boleh dengan tidak ada rasa takut akan undang-undang mahupun akhirat, membuat fitnah secara terbuka seperti ini,” katanya menerusi media sosial malam tadi.

Satu poster bertajuk ‘Fahmi Fadzil Arah Cipta Naratif Salahkan Pas’ tular di media sosial yang mengandungi beberapa kenyataan seperti Fahmi mengarahkan tentera siber Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyalahkan Pas.

Sementara itu, Fahmi turut berkongsikan kronologi sebenar apa yang berlaku sejak Sabtu lalu:-

Advertisements

1) Penganjur Good Vibes Festival telah memohon kebenaran dari Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) untuk anjurkan konsert.

2) Pada 23 Jun 2023, Puspal telah menolak permohonan penganjur untuk membawa masuk The 1975 atas rekod buruk kumpulan ini di negara lain.

3) Pada 16 Julai, penganjur telah buat rayuan dan jaminan bertulis juga dari pengurus kumpulan tersebut untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas persembahan kumpulan itu dan Puspal telah menerima rayuan berdasarkan jaminan.

4) Pada 21 Julai, pukul 11 malam, Kumpulan 1975 telah berkelakuan sangat biadab di pentas persembahan.

5) Pada 22 Julai, pukul 3 pagi (selang empat jam kemudian), saya membuat hantaran di Twitter mengecam keras tindakan itu dan memanggil penganjur untuk berjumpa saya pagi berikutnya.

5) Pada 22 Julai, (Sabtu) pukul 10 pagi, penganjur hadir dan mereka mengaku akan mengambil tanggungjawab penuh.

6) Tamat mesyuarat, pukul 1 petang, saya keluarkan kenyataan dan minta penganjur batalkan baki konsert dan cari mekanisme bayaran balik pada pembeli tiket. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan