28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

SPR dimaklum kekosongan kerusi Parlimen Pulai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Rakyat hari ini memaklumkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai (P.161), Johor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, pemberitahuan tersebut dibuat selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai kepada Pengersi SPR bahawa Ahli Parlimen Pulai Salahuddin telah meninggal dunia pada Ahad, 23 Julai.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.161 Pulai dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan bahawa ada kekosongan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Salahuddin, 61, meninggal dunia pada pukul 9.23 malam kelmarin selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Allahyarham yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan usai pembedahan.

Sementara itu, Parlimen Malaysia turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Salahuddin atas pemergian Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) tersebut.

“Bagi pihak Parlimen Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman seta beramal soleh di sisi Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan