34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hina al-Quran: Wisma Putra panggil Duta Sweden

Ini merupakan kali ketiga tindakan keji tersebut dilakukan di Sweden tahun ini, selepas insiden pertama dan kedua pada Januari dan Jun lalu.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) semalam telah memanggil Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr. Joachim Bergström bagi menzahirkan kecaman keras kerajaan terhadap tindakan menghina al-Quran di Stockholm, Khamis lalu.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, ini merupakan kali ketiga tindakan keji tersebut dilakukan di Sweden tahun ini, selepas insiden pertama dan kedua pada Januari dan Jun lalu.

Semasa pertemuan, kementerian menegaskan kembali bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap Kerajaan Sweden yang telah memberikan kelulusan dan membenarkan tindakan menghina al-Quran dilakukan berulang kali di Sweden dengan alasan ‘kebebasan bersuara’. 

“Walaupun cubaan membakar al-Quran tersebut gagal, tindakan provokatif memijak kitab suci ini tetap mengakibatkan kegusaran dan menyinggung jutaan umat Islam seluruh dunia,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, kementerian juga telah menegaskan bahawa kebebasan bersuara perlu diamalkan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira sensitiviti agama kepelbagaian komuniti global. 

“Perbuatan tidak menghormati mana-mana agama berpotensi mencetuskan kebencian dan akan menjejaskan keharmonian serta budaya hidup bersama secara aman di kalangan masyarakat yang berbilang agama. 

“Dalam hal ini, kementerian ini menggesa Kerajaan Sweden untuk menilai semula pelaksanaan konsep kebebasan bersuara dan mengambil langkah segera dan tindakan yang perl untuk menamatkan Islamofobia berstruktur,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan