28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Pusat karaoke tawar bilik RM25,000 berserta GRO diserbu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEGIATAN sebuah pusat hiburan karaoke yang menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) di Bukit Bintang terbongkar susulan serbuan pihak polis kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan tersebut dilakukan Unit Pencegahan Maksiat, Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Beliau berkata, premis yang beroperasi bermula pukul 8 malam hingga 6 pagi setiap hari itu tidak mempunyai lesen pusat hiburan yang sah serta menyalah gunakan lesen restoran/kedai makan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

“Premis yang berkonsepkan pusat hiburan jenis KTV ini menyediakan sebanyak 17 bilik karaoke mengikut pakej bermula dari RM3,800 hingga RM25,000.

“Mereka turut menyediakan GRO warga asing dan tempatan atas permintaan pelanggan dengan kadar yang yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Razarudin berkata, hasil serbuan, polis berjaya menangkap seramai 84 GRO warga asing yang berumur antara 18 hingga 46 tahun selain melakukan pemerikasaan terhadap 22 GRO warga tempatan, 46 pekerja dan 336 pelanggan.

Katanya, sembilan individu warga tempatan turut ditahan membabitkan pengurus premis, penjaga kaunter dan pekerja di pusat hiburan berumur lingkungan 31 hingga 45 tahun.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati enam pelanggan positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

“Turut dirampas resit jualan, resit pekerja GRO, minuman keras, satu unit telefon bimbit, dua unit perakam video, satu modem, satu router, satu pembesar suara, satu amplifier, dua unit mikrofon dan wang tunai RM13,862,” katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan