24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Vape perisa dadah dijual RM150 sebotol terbongkar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya membongkar sebuah sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lalu menjual dadah di dalam botol perasa ‘vape’ bersaiz 10 milliliter (ML) di sekitar Lembah Klang pada harga RM150 sebotol.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, taktik sindiket yang menjual dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk perasa rokok eletronik atau ‘vape’ itu terbongkar dengan penahanan lima individu dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Menurutnya, melalui serbuan pertama, pihak polis memberkas seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Jalan Kuching, di sini kelmarin yang disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, yang disyaki beroperasi sebagai pusat memproses dadah.

“Dua lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 14 hingga 28 tahun berjaya dicekup, remaja tersebut dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisements

Ujar Eng Lai lagi, seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Cemur, di sini pukul 11.30 malam tadi.

Menurutnya, tangkapan dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada kesemua suspek yang ditahan berkaitan rakan mereka yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Dang Wangi.

“Secara keseluruhannya, kita berjaya merampas sebanyak 4,210 mililiter (ML) dadah sintetik jenis MDMA dan air ketum sebanyak 7,000 ML yang dianggarkan bernilai RM210,570,” katanya.

“Hasil tangkapan dan rampasan itu, kita yakin dapat menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan