25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Hubungan dua hala Malaysia, Singapura terus diperkukuhkan – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HUBUNGAN dua hala antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuhkan lagi dengan sesi kunjungan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, semalam.

Kunjungan berkenaan dikongsikan oleh Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke 10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962.

“Kami juga membincangkan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura.

“Semoga hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama,” katanya.

Untuk rekod, perbincangan tersebut berlangsung dalam rangka kerja lawatan rasmi Dr. Vivian selama tiga hari ke negara ini yang bermula Selasa lalu.

Baca juga:   PMU Yong Peng punca bekalan elektrik terputus

Memetik kenyataan oleh Wisma Putra, rangka kerja Vivian turut melibatkan kunjungan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, beliau juga akan berjumpa Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah ditemuinya ketika lawatan kerja ke negara ini pada 23 Mac tahun lalu.

Dr Vivian ditemani pegawai dari Kementerian Luar Singapura.

Baca juga:   Rundingan hanya sah apabila diputuskan kepimpinan UMNO

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan