33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PICKids : 572,744 kanak-kanak telah lengkap dos vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 572,744 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 16.1 peratus daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web Covidnow, seramai 1,447,377 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.7 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,881,518 individu atau 92.6 peratus telah lengkap divaksin.

Manakala 2,982,044 atau 95.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,998,406 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak, 22,963,218 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua.

Manakala 23,240,041 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menerusi data sama yang dikongsikan, sebanyak 59,460 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 13,412 dos pertama, 39,883 dos kedua dan 6,165 dos penggalak.

Dengan pertambahan pemberian vaksin tersebut menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,872,350.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu tiga kes manakala Sabah dan Sarawak masing-masing mencatat satu kes.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan