25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bella dah tambah berat badan, luka kembali pulih – Rina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

REMAJA perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penderaan tahun lalu kini dilaporkan sudah mula menunjukkan perubahan positif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata keadaan Bella semakin baik dengan luka di badan yang dialaminya telah kembali pulih.

“Saya sangat terharu atas sikap Keluarga Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib yang menimpa Adik Bella. Kita semua, termasuk saya juga mahukan pembelaan terhadap Adik Bella.

“Perbicaraan kes ini sedang berjalan. Mencuri perhatian dan tumpuan ramai rakyat Malaysia.

“Namun selain daripada keadilan yang dituntut apa yang paling penting bagi saya adalah kesejahteraan Adik Bella itu sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Rina berkata, kali pertama beliau bertemu Bella pada Julai 2021.

Rina berkongsikan gambar lawatan menziarahi Bella pada tahun lalu dan tahun ini. Kredit: Facebook Rina Mohd Harun.

“…kesiannya Adik Bella. Alhamdulillah setelah 9 bulan berada di dalam jagaan kami di tempat selamat, Adik Bella sudah mula menunjukkan perubahan yang amat positif.

“Adik Bella yang saya jumpa kali pertama sudah jauh berbeza dengan Adik Bella yang sekarang. Keadaan Adik Bella semakin baik.

“Luka di badannya juga telah kembali pulih. Keadaan emosi Adik Bella juga semakin baik sekarang ini. Sudah tersenyum riang bila berbicara. Jangan tak tahu, berat badannya juga semakin bertambah kerana mendapat pemakanan berkhasiat,” katanya.

Ujar Rina lagi, Bella juga mempunyai bakat terpendam.

“Sangat suka mewarna dan melukis. Ini juga kami asah sebaik mungkin agar dapat mengisi ruang lapangnya.

“Saya mohon maaf kerana sebelum ini saya jarang berkongsi mengenai Adik Bella. Apa yang lebih penting ialah kesejahteraan Adik Bella sendiri.

“Sekarang dah boleh bergurau senda, melakukan pelbagai aktiviti dan bermain bersama rakan-rakan. Kami juga juga sentiasa memastikan rawatan susulan diberikan terhadap Adik Bella,” katanya

Rina turut memohon orang ramai agar bersama berdoa semoga urusan perbicaraan kes Bella berjalan lancar dan sempurna.

“Sama sama kita doakan agar Adik Bella terus berada didalam keadaan sejahtera.

“Dalam masa yang sama, sebagai Keluarga Malaysia, kita perlu menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dan mendaulatkan undang-undang dengan menghormati perbicaraan. InsyaAllah segalanya akan menjadi lebih baik.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan