31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Agong zahir harapan pembangunan mampan elak bencana

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar pembangunan di Malaysia dapat dilaksanakan secara mampan.

Harapan berkenaan dikongsikan Istana Negara dalam laman Facebook rasmi sempena ucapan
Sambutan Hari Bumi 2022.

Menurut perkongsian berkenaan, langkah itu adalah bagi mengelak berlakunya bencana yang menjejaskan rakyat.

“Bersempena sambutan ini, Seri Paduka Baginda menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama menghargai dan menghayati keindahan bumi tercinta ini.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru kepada seluruh rakyat membudayakan gaya hidup lestari dan memelihara alam sekitar di sekeliling kita.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar pembangunan di Malaysia dapat dilaksanakan secara mampan agar tidak berlaku bencana yang menjejaskan rakyat,” kongsi kenyataan berkenaan hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama Baginda mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah.

Baca juga:   Budayakan amalan kelestarian demi generasi akan datang - PM

“Selamat Menyambut Hari Bumi 2022.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan