28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penyanyi kumpulan terkenal pukul isteri tiba di mahkamah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG artis dan penyanyi kumpulan terkenal yang disyaki terlibat dalam kes keganasan rumah tangga tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini difahamkan bagi pendakwaan.

Penyanyi berusia 45 tahun itu tiba pada pukul 8.53 pagi, dengan bergari dan memakai baju biru.

Difahamkan artis berkenanan berdepan dengan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Media sebelum ini melaporkan seorang penyanyi lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penyanyi berusia 45 tahun itu telah ditahan di kediamannya di sekitar Kota Damansara.

“Berdasarkan keterangan kes, kira-kira pukul 2.29 petang, bekas isteri suspek yang berusia 27 tahun telah ke rumah suspek untuk mengambil anak lelaki mereka.

“Namun, berlaku perselisihan faham kerana wanita berkenaan enggan bergambar dengan suspek.

“Berang akan tolakan bekas isterinya, suspek telah memukul wanita berkenaan pada bahagian badan sehingga terdapat kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Kosmo!.

Mengulas lanjut, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan suspek di kediamannya sekitar Kota Damansara bagi membantu siasatan.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan