27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Budayakan amalan kelestarian demi generasi akan datang – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak diseru untuk bersama-sama menggembeling tenaga dan menyumbang masa membudayakan amalan kelestarian demi kelangsungan generasi akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amalan seperti menghindari penggunaan plastik sekali guna dan penjimatan sumber tenaga perlu dijadikan kebiasaan dalam kehidupan.

Malah beliau juga ingin mengajak sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar.

“Sejajar dengan Fokus Kelapan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, pembangunan ekonomi tidak harus menjejaskan alam sekitar, manakala liputan kawasan hijau perlu dipertahankan.

“Usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau, mempertingkatkan kemampanan tenaga dan mentransformasikan sektor air, harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menegaskan
Kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, berdasarkan intensiti pelepasan 2005, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon.

“Saya sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi.

“Namun, saya yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia, komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara,” katanya.

Beliau juga mendoakan agar seluruh Keluarga Malaysia terus bersemangat memainkan peranan dan memikul tanggungjawab bagi mewariskan Malaysia yang lestari kepada generasi akan datang.

“Lestarikan Bumi, Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Selamat Menyambut Hari Bumi Tahun 2022,” katanya.

Untuk rekod, tanggal 22 April ialah Hari Bumi sedunia.

Tahun ini tema sambutan Hari Bumi tahun ini yang bertemakan “Invest In Our Planet”.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan