30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Che Puan Khaleeda lawat Bella selepas pindah Johor Bahru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISTERI Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam meluangkan masa melawat remaja sindrom down, Bella bersama rakan-rakannya hari ini.

Che Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, ia merupakan tanda penghargaan terhadap pihak yang terlibat dalam menyelesaikan kes Bella.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini khususnya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor. Semoga Allah memberkati Johor,”katanya.

Dalam hantaran itu, beberapa keping gambar turut dikongsikan ketika Che Puan Besar Khaleeda melawat Bella.

Advertisements

Beliau turut menyampaikan buah tangan sebuah kek animasi Frozen bagi menggembirakan hati Bella dan kanak-kanak di situ.

“Sekarang adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu,”jelasnya.

Terdahulu, Che Puan Besar Khaleeda memaklumkan beliau siap sedia menuntut keadilan yang sewajarnya untuk Bella selepas remaja itu telah menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal dan emosi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan