26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Sri Pahang gugurkan dua ‘oppa’ Korea Selatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB Liga Super, Sri Pahang FC menggugurkan dua pemain import dari Korea Selatan, Lee Jeong Geun dan Lee Ji Yong bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menerusi akaun media sosial kelab, Sri Pahang berkata, peranan kedua-dua pemain import tersebut hanya terbatas bersama pasukan kedua yang beraksi dalam saingan Piala MFL.

“Kelab ingin mengumumkan telah mencapai persetujuan penamatan kontrak bersama dua pemain import dari Korea Selatan, Lee Jeong Geun dan Lee Ji Yong.

Kedua-duanya menyertai kelab pada Mac dan telah membantu cabaran Sri Pahang dalam saingan Piala MFL.

Advertisements

“Terima kasih kepada Jeong Geun dan Ji Yong atas sumbangan sepanjang bersama kelab dan selamat maju jaya di tempat baru,” katanya hari ini.

Untuk rekod, kedua-dua pemain ini tidak pernah diturunkan dalam aksi Liga Super musim ini dan masing-masing hanya sekali diletakkan di bangku simpanan.

Jeong Geun yang beraksi di posisi tengah bertahan menyertai skuad Tok Gajah dari kelab divisyen tiga Liga K3, Yangpyeong FC sementara Ji Yong yang merupakan pemain sayap tiba di Kuantan dari Pohang Steelers.

Sri Pahang menduduki tangga keempat dalam kumpulan B dengan 12 mata dalam saingan Piala MFL musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan