28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Malaysia sedia bekerjasama bidang satelit dengan Musk

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

MALAYSIA sedia menjalinkan kerjasama dalam lain-lain bidang termasuk perkhidmatan satelit dengan SpaceX milik jutawan ternama dunia, Elon Musk.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, perbincangan lanjut akan diadakan bagi memperincikan bentuk kerjasama tersebut.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbincangan secara maya dengan Musk hari ini.

“Bercakap tentang Elon Musk, ramai orang teringat Tesla kerana ia bakal dilancarkan di Malaysia minggu depan. Model Y Tesla pun dah boleh ditempah mulai hari ini di Malaysia.

“Tapi sebenarnya banyak lagi bidang lain yang berpotensi untuk menjalin kerjasama, antaranya penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink.

Advertisements

“Perbincangan lanjut akan diadakan bagi memperincikan potensi kerjasama yang ingin kita realisasikan,” katanya menerusi Facebook beliau.

Tengku Zafrul kini berada di New Zealand bagi menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Ketujuh Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Mengenai CPTPP, MITI dalam satu kenyataan berkata, ekonomi digital dan hijau serta integrasi lebih kukuh bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia ke dalam rantaian bekalan global adalah antara topik utama yang akan dibincangkan.

“Selain ekonomi digital dan ekonomi hijau, MITI mahu memastikan manfaat daripada CPTPP turut dinikmati rakyat dan perniagaan Malaysia, khususnya PKS yang mesti diintegrasikan dengan lebih baik ke dalam rantaian bekalan global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat itu juga dijangka menyaksikan penyertaan United Kingdom sebagai anggota ke-12, menyertai Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Julina Johan wanita kedua dilantik Ketua Pengarah Penerangan

JULINA Johan mencatat nama sebagai wanita kedua yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Jabatan Penerangan (Japen) sejak penubuhan...

Lagi Artikel Berkaitan