26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Pelaburan diluluskan hampir RM84 bilion, meningkat 13 peratus

Mesti Baca

NEGARA merekodkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM83.7 bilion bagi suku pertama tahun ini, meningkat sebanyak 13 peratus tahun ke tahun.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz berkata, prestasi tersebut mencerminkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara.

Beliau berkata, pelaburan yang diluluskan itu melibatkan 1,257 projek yang dijangka menjana 29,027 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.

“MITI akan terus memberi tumpuan kepada reformasi perindustrian untuk memupuk ekosistem pelaburan yang kondusif dalam usaha menjadikan Malaysia salah satu daripada 30 ekonomi terbesar di dunia menjelang 2033,” katanya hari ini.

Advertisements

Tengku Zafrul berkata, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu, sebanyak RM47 bilion melibatkan pelaburan asing (FDI) manakala RM36.7 bilion membabitkan pelaburan domestik (DDI).

Beliau berkata, Austria mencatatkan pelaburan yang diluluskan tertinggi iaitu sebanyak RM31.3 bilion, diikuti oleh Singapura sebanyak RM21.5 bilion manakala Belanda pula sebanyak RM12.4 bilion.

Pelaburan dari China dan Amerika Syarikat pula, katanya, masing-masing membabitkan pelaburan sebanyak RM4.2 bilion dan RM4.1 bilion.

“Sebanyak 77 peratus projek yang diluluskan dari tahun 2021 hingga Mac 2024 telah dilaksanakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan