29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Chery buka kilang pemasangan pertama di Shah Alam

Mesti Baca

PENGELUAR kenderaan dari China, Chery telah memenuhi komitmennya untuk melabur RM1 bilion di negara ini apabila membuka kilang pemasangan pertamanya di Shah Alam, Selangor.

Pembukaan kilang tersebut direalisasikan kurang daripada setahun sejak Chery Auto Malaysia (Chery Malaysia) dilancarkan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz berkata, Chery juga bergerak pantas melibatkan vendor tempatan dalam pembekalan komponen mereka.

“Pendekatan ini telah mengurangkan dengan ketara kos komponen Chery, menyangkal dakwaan bahawa rantaian bekalan automotif Malaysia tidak boleh bersaing dengan vendor asing dalam aspek penjimatan kos,” katanya hari ini.

Sebelum itu beliau melancarkan kilang pemasangan Chery di Shah Alam yang turut dihadiri oleh Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong.

Advertisements
Tengku Zafrul Abd Aziz bersama SUV J7, iaitu model pertama Chery yang dipasang di kilangnya di Shah Alam.

Tengku Zafrul berkata, pelaburan yang besar itu sudah mula membuahkan hasil, mewujudkan pekerjaan, merangsang aktiviti ekonomi, dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab kecemerlangan automotif di rantau ASEAN.

“Tahniah, Chery Malaysia! Semoga kerjasama ini akan terus mendorong inovasi yang lebih besar dalam industri automotif dan memastikan masa depan yang makmur bagi kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Chery Malaysia dalam kenyataannya berkata, pembukaan kilang korporatnya itu fasiliti pemasangan tempatan (CKD) pertama di rantau ASEAN.

Untuk permulaan, kilang tersebut akan menumpukan kepada pengeluaran subjenama model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Jaecoo.

Kenyaan itu berkata, kilang tersebut bakal menyediakan seramai 500 peluang pekerjaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan