Thursday, July 23, 2026

JAECOO lancar SUV hibrid J7 PHEV, pertama di Asia Tenggara

Model J7 PHEV diperkenalkan di pasaran Malaysia memandangkan pengguna di negara ini masih meragui keupayaan kenderaan elektrik (EV).

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

JAECOO J7 PHEV, kenderaan sukan (SUV) dengan menggunakan tenaga baharu dilancarkan buat pertama kali di Asia Tenggara dengan menawarkan harga pasaran RM158,800.

Menggunakan sistem hibrid super (SHS), JAECOO J7 dilengkapi dengan tiga komponen utama iaitu enjin suntikan petrol 1.5L dengan cas turbo generasi kelima, transmisi hibrid khusus kelajuan tunggal serta bateri voltan 18.3 kWj dengan bilah fosfat besi litium 106 sel.

Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata, model J7 PHEV diperkenalkan di pasaran Malaysia memandangkan pengguna di negara ini masih meragui keupayaan kenderaan elektrik (EV).

Sehubungan itu, JAECOO membantu pengguna dengan memilih jalan tengah dengan pengenalan kendaraan tenaga baharu.

“Sejak mula bertapak di Malaysia, JAECOO telah memantapkan kedudukannya sebagai jenama SUV premium pencabar pasaran.

“Kini, kami berbangga untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai jenama SUV premium pencabar dalam sektor pengangkutan tenaga baharu menerusi JAECOO J7 PHEV.

“Dengan melancarkan JAECOO J7 PHEV, kami berharap dapat memenuhi keperluan pelanggan arif di Malaysia yang semakin berubah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Emily berkata, beliau yakin SHS mampu membawa teknologi dan prestasi terbaik dalam kelasnya sekali gus menaik taraf keupayaan kenderaan hibrid di pasaran Malaysia.

Selain dilengkapi tiga komponen utama tersebut, JAECOO J7 PHEV juga menyepadukan ciri-ciri luaran tersendiri yang membolehkan model tersebut lebih mudah dikenali berbanding model ICE (enjin biasa).

Katanya, buat masa ini J7 PHEV boleh didapati dalam tiga warna iaitu putih khaki, hitam kristal karbon dan perak cahaya bulan dan akan memperkenalkan warga kelabu zaitun tidak lama lagi.

Dari aspek dalaman, JAECOO telah meringkaskan reka bentuk kabinnya dengan memindahkan tombol gear ke turut stereng sekali gus memberikan ruang yang lebih lapang di konsol tengah.

“Pemandu boleh memilih sama ada untuk memandu sepenuhnya dalam mod EV atau membenarkan kenderaan menentukan mod optimum berdasarkan keadaan pemanduan, ciri yang pertama kali disediakan dalam sebuah PHEV,” katanya.

Sempena dengan pelancarannya, JAECOO mengumumkan pakej istimewa yang mana semua tempahan J7 PHEV sedia ada atau dibuat sehingga 2 Mac layak menerima waranti enjin dan bateri voltan tinggi lanjutan selama 10 tahun atau sehingga jarak 1 juta kilometer.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan