Tuesday, July 21, 2026

Chery pengeluar kereta China pertama eksport lebih 5 juta unit

Jenama OMODA | JAECOO muncul sebagai pemacu utama apabila menyumbang 37 peratus eksport Chery dengan jualan kumulatif melebihi 570,000 unit dalam tempoh 26 bulan.

Mesti Baca

CHERY International Group mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif global apabila muncul sebagai pengeluar kereta China pertama mengeksport lebih 5 juta kenderaan ke seluruh dunia.

Pencapaian itu sekaligus mengekalkan kedudukan Chery sebagai peneraju eksport kereta penumpang negara itu selama 22 tahun berturut-turut.

Di sebalik kejayaan itu, jenama OMODA | JAECOO muncul sebagai pemacu utama apabila menyumbang 37 peratus eksport Chery dengan jualan kumulatif melebihi 570,000 unit dalam tempoh 26 bulan.

“Pencapaian ini sekali gus mencatatkan rekod sebagai jenama paling pantas di dunia melepasi angka setengah juta jualan,” kata kenyataan OMODA | JAECOO.

Dikenali dengan konsep mewah mampu milik, rekaan elegan dan inovasi segmen baharu, jenama itu telah menembusi 44 pasaran termasuk ASEAN, Eropah, Australia dan Amerika Selatan.

OMODA | JAECOO berkata, di Malaysia, jenama tersebut juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Katanya, bermula dengan pelancaran JAECOO J7 pada Julai 2024, barisan produk diluaskan lagi dengan OMODA C9 (Disember 2024), J7 PHEV (Februari 2025) serta SUV utama, J8 (Julai 2025).

“Sehingga pertengahan 2025, lebih 17,000 kenderaan OMODA | JAECOO berada di jalan raya Malaysia.

“Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), OMODA | JAECOO kini berada dalam kelompok lima jenama automotif teratas Malaysia, dan sekali gus dinobatkan sebagai jenama China paling berjaya di negara ini,” katanya.

Berteraskan teknologi canggih Super Hybrid System (SHS), OMODA | JAECOO turut membuat lonjakan besar dalam kategori Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

Katanya, pada suku pertama 2025, jualan NEV meningkat kepada 13,023 unit berbanding hanya 2,325 unit dalam tempoh sama 2024 iaitu kenaikan sebanyak 460 peratus.

“Sepanjang enam bulan pertama 2025, NEV menyumbang 40 peratus daripada jumlah eksport syarikat,”katanya.

Selepas kejayaan tersebut, OMODA | JAECOO akan memperkukuh strategi eksport global dengan memberi tumpuan kepada pasaran Eropah, Amerika Selatan dan ASEAN.

Dalam hal ini, katanya, Malaysia bakal menjadi hab utama pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk menyokong pengembangan global syarikat. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan