Monday, July 20, 2026

Mercu Alam Bina UM diiktiraf bangunan ‘hijau’ pertama

Pensijilan itu sebagai pengiktirafan terhadap reka bentuk dan operasi bangunan yang lestari, efisien dari segi tenaga dan sumber, serta memberi keselesaan kepada pengguna.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

MERCU Alam Bina Universiti Malaya (UM) mendapat pengiktirafan sebagai bangunan pertama di universiti itu yang mendapat pensijilan Green Building Index (GBI) baru-baru ini.

Dekan Fakulti Alam Bina UM, Prof Sr Ts Dr Azlan Shah Ali berkata, pensijilan itu sebagai pengiktirafan terhadap reka bentuk dan operasi bangunan yang lestari, efisien dari segi tenaga dan sumber, serta memberi keselesaan kepada pengguna.

Beliau berkata, bangunan yang menempatkan Fakulti Alam Bina itu telah dinilai dengan pendekatan lestari yang menyeluruh, merangkumi elemen pengudaraan semula jadi, pencahayaan semula jadi, penjimatan air
dan tenaga, serta landskap hijau yang menyokong biodiversiti kampus.

“Pensijilan ini juga meningkatkan kredibiliti UM sebagai universiti bertaraf dunia yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

“Kami komited membantu universiti dalam menghijaukan enam lagi
bangunan di kampus melalui khidmat perunding dalaman fakulti”, katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sarly Adre Sarkum menyerahkan sijil Green Building Index kepada Azlan Shah Ali (kanan) di Fakulti Alam Bina Universiti Malaya baru-baru ini.

Majlis penyerahan sijil itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Green Building Index Sdn Bhd, Sarly Adre Sarkum. Hadir sama Penolong Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UM, Prof Dr. Yvonne Lim Ai Lian.

Azlan Shah berkata, dengan pensijilan GBI, ia mengukuhkan dan menyumbang kepada kedudukan universiti dalam penarafan berkaitan dengan kelestarian seperti QS World University Rankings (Sustainability), THE Impact Rankings dan juga UI GreenMetric World University Rankings.

Sementara itu Ketua Penyelidik Projek, Prof. Madya Sr Dr. Noor Suzaini Mohamed Zaid berkata, UM memiliki lebih daripada 500 blok bangunan di seluruh kampus dan setiap satunya menyumbang kepada impak
karbon, penggunaan tenaga, dan kesejahteraan warganya.

“Persijilan GBI bagi Mercu Alam Bina bukan sahaja simbolik, tetapi menjadi penanda aras strategik ke arah kelestarian menyeluruh infrastruktur kampus,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan