Thursday, July 23, 2026

Mantan Ketua Setiausaha KKDW dilantik Pengerusi baharu SPR

Mesti Baca

MANTAN Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ramlan Harun hari ini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Ramlan selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Ramlan, 60, berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu setelah dilantik pada Ogos 2020.

Ramlan sebelum ini berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun bermula di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum bersara di KKDW pada 30 Mei lalu.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia.

Selain itu, beliau juga memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan