25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Bekas NC ‘sekolahkan’ warganet persoal lantikan Siti Nurhaliza

Mesti Baca

BEKAS Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Profesor Dr Nordin Kardi “menyekolahkan” pihak-pihak yang mempersoalkan pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCCED).

Nordin yang merupakan seorang tokoh dalam pendidikan berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah berhubung pelantikan penyanyi tersohor negara itu.

Sehubungan itu, beliau mencabar mana-mana pihak yang memandang rendah dan menghina Siti Nurhaliza agar menceritakan sejarah universiti dari Zaman Pertengahan hingga sekarang.

“Saya tak nampak ada apa apa masalah. Yang riuh rendah hina orang kenapa? Cuba cerita sikit sejarah universiti dari zaman medieval age sampai sekarang kalau pandai sangat tentang ethos university.

“Hanya kerana ada BA, BSc, MA, MSc, PhD, DS (kelulusan akademik), pernah ke baca ethos university? Tau ke asal usul konsep universiti sebagai ‘ivory tower‘ dan ‘universiti agraria?,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya.

DR NORDIN KARDI

Nordin kini merupakan Ketua Eksekutif Jakarta Business School yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia.

Advertisements

Beliau mengulas pelantikan Siti Nurhaliza sebagai pakar di UMCCED yang telah mengundang perdebatan warganet yang merasakan beliau tidak layak diberikan jawatan tersebut.

Ini kerana, penyanyi yang mula terkenal menerusi lagu Jerat Percintaan lebih 20 tahun lalu itu tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi selain hanya belajar di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nordin turut mengimbau sejarah awal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dengan ‘berani’ menganugerahkan gelaran Sarjana kepada Allahyarham Hamzah Dolmat dan Ibu Zain.

“Tau siapa Hamzah Dolmat tu? Kalau tak tau, anda taklah terlebih pandai daripada Siti Nurhaliza,” katanya sinis.

Untuk rekod, Hamzah Dolmat merupakan Raja Biola Malaysia manakala Ibu Zain pula atau nama sebenarnya Tan Sri Zainon Munshi Sulaiman merupakan seorang pendidik dan tokoh politik wanita tanah air. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua kapal dagang berlanggar, Maritim Malaysia aktifkan Carilamat

DUA buah kapal dagang dilapor telah berlanggar di 25 batu nautila timur laut Tanjung Balau, Sedili, Johor kira-kira pukul...

Lagi Artikel Berkaitan