27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rayuan sabitan, hukuman Siti Bainun didengar 12 Oktober

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAYUAN Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd, Razali terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella akan didengar pada 12 Oktober ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas berkata, tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar, Nur Azizah Jaafar pada prosiding pengurusan kes hari ini.

“Bagaimanapun, petisyen rayuan masih belum diterima dan mahkamah menetapkan 14 Sept untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Peguam, Fatin Syaza Irdina Muhamad Eddin Syazri yang mewakili Siti Bainun, mengesahkan tarikh pendengaran itu.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.

Advertisements

Siti Bainun, 31, diarah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, pada 3 Mei lalu menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu.

Siti Bainun, yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Tertuduh juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan