27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Utamakan kesihatan rakyat, bukan berebut kuasa

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PUTRAJAYA – Keselamatan dan kesihatan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi pemimpin negara ketika ini, bukannya untuk berebut kuasa bermusuhan sesama sendiri.

Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan berkata, bercakaran merebut kuasa bukan sahaja merugikan rakyat daripada segenap sudut malah memalukan negara pada pandangan pihak luar.

Katanya, pemimpin yang bercakaran menghabiskan lebih banyak masa dan tenaga untuk kepentingan sendiri, hingga tanggungjawab membela rakyat semakin diabaikan.

Sehubungan itu, YADIM dan 130 rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersama dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru semua pihak, terutamanya para pemimpin untuk menghentikan agenda bertelagah dan berebut kuasa ketika ini yang hanya akan memecah belahkan negara.

Advertisements

“YADIM menjunjung titah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyeru kepada semua pemimpin di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

“Titah baginda bahawa semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah juga perlu diberikan perhatian oleh semua,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, Nasrudin berkata, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa ketika ini bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik COVID19 adalah sangat tepat dan perlu dijunjung semua.

Kata beliau, jika Raja raja Melayu sendiri sudah bersuara kerana prihatin dan khuatir dengan keadaan semasa, maka amat wajarlah semua pihak di negara ini mendengar dan taat kepada titah mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan