26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Ulama gesa parti politik hentikan sengketa, taati titah raja-raja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa parti-parti politik di negara ini agar hentikan sengketa dan merebut kuasa sebaliknya berganding bahu menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi rakyat.

Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, semua parti politik baik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun pembangkang kembali ke meja rundingan untuk sama-sama membantu membangunkan negara.

Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan gelagat para pemimpin politik yang saban hari memikirkan tindakan untuk mendapatkan kuasa, dengan pelbagai cara termasuklah ada yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) merujuk kepada beberapa laporan media mengenai titah nasihat beberapa sultan negeri-negeri yang memberikan pandangan terhadap keadaan semasa politik di tanah air.

Antaranya adalah Sultan Johor yang menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap pemimpin partik politik yang sentiasa memberikan tekanan untuk merebut kuasa dengan cara yang sedikit sebanyak mengganggu pentadbiran kerajaan.

Pemangku Raja Pahang juga turut menzahirkan perkara yang hampir sama di mana sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Selaras dengan itu, PUM ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutama para pemimpin parti-parti politik untuk menghormati titah nasihat yang disampaikan oleh Raja-raja Melayu ini demi kestabilan pentadbiran negara.

Rakyat sudah bosan dengan gelagat para pemimpin politik yang saban hari memikirkan untuk melakukan tindakan untuk mendapatkan kuasa, dengan pelbagai cara termasuklah ada yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan seumpamanya.

Perlu diingatkan agar setiap tindakan yang dilakukan mestilah selaras dengan undang-undang yang ada.

Advertisements

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Perdana Menteri telah secara terbuka
menyatakan akan melakukan undi percaya di parlimen pada bulan September nanti.

Jadi kenapa perlu untuk mendesak sedangkan komitmen telah dinyatakan dengan jelas?

Hormatilah ruang yang diberikan di mana Perdana Menteri yang begitu terbuka menyatakan untuk mendapatkan keabsahan sokongan terhadapnya ditentukan di Parlimen.

Seharusnya para pemimpin parti-parti politik ini memikirkan tentang kemaslahatan rakyat yang sekarang ini perlu diberikan perhatian terutama apabila berlakukanya kes-kes kematian yang disebabkan oleh COVID-19 ini yang tidak mengenal usia termasuklah terhadap golongan muda.

Tambahan pula beberapa pakej untuk memulihkan keadaan ekonomi telah diperkenalkan yang memerlukan komitmen semua untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini penting untuk menjamin kesejahteraan negara dan juga rakyat secara keseluruhannya.

Adalah lebih afdal dalam masa ini untuk para pemimpin parti-parti politik menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin sebagai salah satu daripada langkah untuk keluar daripada wabak yang sedang dihadapi di dunia ketika ini.

Hentikan pergeseran merebut kuasa. PUM mengesyorkan agar parti-parti politik dalam kerajaan PN dan parti-parti pembangkang untuk kembali ke meja rundingan bagi sama-sama membantu membangun negara.

Bukannya terus bersengketa merebut kuasa, kerana perbalahan itu boleh meruntuhkan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan