26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Kes baharu harian melonjak naik, 21,668 kes, 318 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 negara terus melonjak naik, dan memecah rekod paling tertinggi pernah dicatatkan dengan sebanyak 21,668 kes dilaporkan hari ini.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di Facebook beliau di sini.

Sebelum ini, tiga kali kes harian melepasi angka 20,000 iaitu 20,780 kes pada kelmarin serta 20,889 kes pada 6 Ogos dan 20,596 kes direkodkan pada 5 Ogos.

Beliau berkata, dengan pertambahan jumlah kes baharu harian tersebut yang melepasi angka 21,000 tersebut, menjadikan kes positif COVID-19 mencecah 1,342,215 kes.

Mengulas lanjut, katanya, Selangor terus merekodkan kes baharu harian COVID-19 tertinggi dengan sebanyak 6,278 kes.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan 2,436 kes, Kedah (2,143 kes), Sabah (2,052 kes), Johor (1,706 kes), Pulau Pinang (1,229 kes) dan Sarawak (1,216 kes).

“Kelantan (972 kes), Perak (930 kes), Negeri Sembilan (899 kes), Pahang (629 kes), Terengganu (594 kes) dan Melaka (494 kes).

“Putrajaya pula (56 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan (11 kes),” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 237,021 kes termasuk 1,059 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 543 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 17,687 kes sembuh direkodkan.

“Terdapat 318 kes kematian COVID-19 lagi dilaporkan pada hari ini, termasuk 62 warga asing melibatkan 183 lelaki dan 135 wanita serta 93 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan 57 warga Malaysia dan 36 warga asing,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Baca juga:   Tiada darurat, Agong ingatkan ahli politik hentikan ‘politicking’
Baca juga:   7,289 kes baharu! Lonjakan penularan sudah dijangka

Beliau berkata, sebanyak 440 kes (2.1 peratus) daripada kes yang positif hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 21,228 kes (97.9 peratus) adalah kategori satu dan dua.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 2,720 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan telah lengkap di vaksinasi lengkap dua minggu selepas dos kedua vaksinasi.

“Didapati 87.44 peratus kes yang baharu didiagnosis COVID – 19 tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Sementara itu, mengikut status vaksinasi, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 192 kes adalah kategori lima dengan 180 kes atau 93.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 84 kes kategori empat dengan 75 kes atau 89.3 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 164 kes kategori tiga dengan 145 kes atau 88.4 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 11,059 kes kategori dua dengan 9,607 kes atau 86.9 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 10,169 kes kategori satu dengan 8,941 kes atau 87.9 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi,”katanya.

Baca juga:   11 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen

Dalam pada itu, menurutnya lagi, sebanyak 45 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, 11 kluster komuniti serta masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi.

Baca juga:   Awas! Happy Hypoxia pembunuh senyap pesakit Covid-19

Berkenaan kadar kebolehjangkitan semalam pula katanya, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.40), diikuti oleh Kuala Lumpur dan Kelantan (masing-masing nilai RT 1.23) serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan dan Putrajaya,”katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan