31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sultan Ibrahim terima mengadap Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Pertemuan Perdana Menteri bersama baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Advertisements
Sultan Ibrahim terima mengadap Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Terdahulu, pada pagi tadi, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke Empat Belas pada hari ini dirasmikan oleh Sultan Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan