32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Musa serah kes kepada Mahkamah Syariah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MASALAH rumah tangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan isterinya yang tular baru-baru ini akan diserahkan kepada Mahkamah Syariah bagi tindakan lanjut.

Musa berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan berkenaan dan menjelaskan tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak berhubung perlakuan isteri terhadap dirinya.

“Saya lebih selesa dengan proses keadilan perlu melalui undang-undang dan mahkamah. Isu rumah tangga ini, saya serahkan kepada peguam saya untuk bawanya ke Mahkamah Syariah.

“Sudah tentu saya ada sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada Mahkamah Syariah jadi biarlah Mahkamah menentukannya,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Utusan Online hari ini.

Ujar Musa, masalah rumah tangganya telah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan dia juga sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu, dan akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Saya akan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan, tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, temubual itu turut menjelaskan situasi video tersebut yang dilihat Musa sedang membetulkan tali pinggang dan penafian dakwaan berkenaan isu nafkah.

“Saya beri nafkah cukup, berlebih pula lagi,” katanya.

Musa turut mengingatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut yang dilihat sengaja menjatuhkan maruahnya sebagai seseorang yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Sejak kelmarin, tular di media sosial berhubung tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu. 

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan