26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Musa kongsi 11 larangan perbuatan isteri terhadap suami

Warganet turut mendoakan kepada mantan pegawai tertinggi polis itu agar semua urusan dipermudahkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik perhatian warganet apabila berkongsi larangan perbuatan isteri terhadap suami, ketika isu rumahtangganya menjadi perbualan hangat ketika ini.

Beliau dalam ciapan Twitter awal pagi tadi menyenaraikan senarai 11 larangan agama Islam terhadap isteri terhadap suaminya.

Antaranya yang dimuat naik Musa adalah isteri jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain.

Selain itu, isteri ditegah meninggi suara dan mengherdik suami, jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami dan jangan mendoakan kecelakaan buat suami.

“Jangan membenci kegemaran suami, jangan menjadi tekanan kepada suami. Isteri derhaka pada suami, tempatnya adalah neraka jahanam,” katanya.

Musa juga menulis ciri-ciri isteri derhaka pada suami seperti tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami, suka menyakiti hati suami, melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami.

Tular sejak lewat petang semalam, satu rakaman mirip bekas Musa yang bergaduh dengan seorang wanita, dipercayai isterinya.

Video tersebut dirakam sendiri oleh wanita tersebut dalam sebuah kediaman dengan seorang kanak-kanak lelaki turut berada bersama mereka.

Bagaimanapun kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan Musa memberi amaran supaya orang ramai jangan masuk campur urusan keluarganya.

Ekoran konflik tersebut, warganet turut mendoakan kepada mantan pegawai tertinggi polis itu agar semua urusan dipermudahkan.

Warganet, Kamaruddin MN berkata, semoga dipermudahkan segala urusan Tan Sri. Insya-Allah kita fikir yang positif sahaja dan doakam kebaikan untuk semua.

“Netizen jangan sembah api lagi,” katanya.

Muni.Hanifah pula berkata, Tan Sri saya faham situasi yang dihadapi. Semoga Allah mudahkan urusan Tan Sri.

“Berat dah ni Tan Sri, saya doakan yang baik-baik sahaja. Isu rumahtangga mungkin menjadi tambah parah zaman media sosial sekarang,”ujar S.Ismael. – Edisi 9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan