28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Isham minta KJ baca akta sebelum beri komen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya baca dan fahami akta berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum melontarkan sebarang komen.

Isham berkata, bagaimana Khairy boleh mengulas isu tersebut sedangkan dia bukan lagi ahli UMNO serta masih ragu-ragu mengenai keabsahan surat RoS yang tular baru-baru ini.

“Dia ambil kenyataan daripada surat RoS walhal dia sendiri tidak tahu surat itu asli atau tidak. Surat RoS itu tidak jelas, banyak sangat tafsiran, begitu juga surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Macam mana Khairy boleh cakap kalau surat itu tidak dikeluarkan, (bahawa) UMNO boleh diharamkan. Dalam surat itu disebut Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berkenaan penggantungan dan pembubaran.

“Ianya membawa maksud kalau ada pelanggaran (akta) berdasarkan Seksyen 13, memang (UMNO) boleh diharamkan. Khairy, baca baliklah akta.”

Isham berkata demikian menerusi video secara langsung Facebook sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan Khairy mengenai surat KDN dan RoS berhubung keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO.

Dalam pada itu Isham berkata, Khairy dan rakan-rakannya termasuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mahu melihat UMNO digantung atau diharamkan.

“Saya lihat dari segi politik, kalau UMNO diharamkan atau digantung banyak implikasi. Kawan-kawan dia (Khairy) mungkin ahli parlimen daripada BN saya tidak mahu sebut, tidak akan terkongkong kepada Akta Lompat Parti.

 “Katakanlah UMNO diharamkan, digantung sebab surat (RoS) itu, tiada lagi UMNO, jadi ahli-ahli parlimen BN dan UMNO bebas hendak sokong siapa. Jadi mereka bolehlah sokong PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul hadi Awang dan sebagainya.  – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan