26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Mentega Terbang: Usah salahkan mana-mana kerajaan

Penerbitannya ketika zaman Muhyiddin, tayangan pertama zaman Ismail Sabri dan dimuat naik untuk tayangan di internet ketika zaman Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta tidak menyalahkan mana-mana kerajaan berhubung penerbitan filem kontroversi, Mentega Terbang.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, ini kerana Mentega Terbang iaitu sebuah filem indie yang diterbitkan pada 2020 dan pertama kali ditayangkan pada November 2021 di festival filem negara jiran.

“Kemudian ditayangkan secara atas talian. Awal 2023, filem ini mencetuskan kontroversi. Apabila menjadi kontroversi, mulalah tuduhan dan mencari siapa yang salah.

“Penerbitannya pada masa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tayangan pertamanya pada masa kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dimuat naik ke Internet mungkin pun sebelum PRU-15 dan berada di atas talian apabila kerajaan baharu, iaitu Kerajaan Perpaduan (Datuk Seri Anwar Ibrahim), terbentuk,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Baca juga:   Ahli Parlimen PKR Malaysia Timur dapat arahan 'buat persiapan'

Susulan kontroversi filem berkenaan, ramai pihak cuba mengambil kesempatan.

“Biasalah di Malaysia kerana orang politik suka sangat mencari kemenangan politik pada setiap kesempatan,” katanya.

Kata beliau, semasa ditayang di sebuah pesta filem di luar negara, kelulusan kerajaan tidak diperlukan.

“Maka bukanlah salah kerajaan ketika itu. Begitu juga dengan penerbitannya. Tidak memerlukan kelulusan kerajaan juga.

“Apatah lagi apa dimuat naik ke atas talian. Tidak juga perlu kepada kelulusan kerajaan,” katanya.

Jadi, ujar beliau, tidak ada satu kerajaan yang terlibat merestui filem tersebut.

Baca juga:   Guna identiti orang lain, dapatkan vaksin COVID-19

“Jadi apa salahnya kalau semua orang bersatu hati membantah filem ini. Ini lebih baik dari cuba menuduh mana-mana kerajaan sebagai yang bertanggungjawab.

“Pas, UMNO dan PPBM berada dalam kerajaan apabila filem itu diterbitkan. Tak tahu pun.

“Pas, UMNO dan PPBM pun dalam kerajaan semasa ia ditayangkan buat kali pertama dan dimuat naik ke atas talian. Tak tahu pun.

“Pas dan PPBM baru tahu pun selepas jadi kontroversi. Takkan asyik nak cari point politik. Kita cari kebaikan, kan lebih baik,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Individu disyaki zalimi kucing dituduh hari ini

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menzalimi haiwan iaitu kucing di sebuah kondominium di Cheras, minggu...

Lagi Artikel Berkaitan