30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Harga minyak masak botol kekal hingga 7 April

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARGA minyak masak tulen botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan berkata, harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen bagi botol 1 kilogram (kg) adalah RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM9.60) dan 5kg (RM30.90).  

Katanya, kerajaan komited untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesankepada pengguna.

“Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah, turut diteruskan adalah peranan kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen kemasan botol bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) No.4) 2023.

Advertisements

“Terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk Februari berbanding bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, berdasarkan rundingan diadakan, kerajaan dan industri bersetuju mengekalkan harga minyak masak kelapa sawit tulen untuk tempoh 8 Mac hingga 7 April 2023,” katanya.

Menurut KPDN, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“KPDN akan meneruskan pemantauan dan menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran ,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan