26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Nombor pendaftaran M1M dibida RM622,000 – JPJ

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NOMBOR Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 iaitu M1M menerima bidaan tertinggi dengan harga RM622,000 setelah tempoh bidaan ditutup 4 September lalu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan berkata, bidaan yang dibuka pada 31 Ogos hingga 4 September lalu berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20.09 juta.

Menurut JPJ, M5M menerima bidaan kedua tertinggi dengan harga RM500,000, diikuti M8M (RM450,000), M9M (RM402,004) dan M6M (RM350,000).

“Siri M__M ini juga telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida. 

“Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing,” katanya hari ini. 

Advertisements

JPJ berkata, lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M seramai 39 orang pembida, M155M (33), M51M (32), M313M (31) dan M39M (28).

Katanya, hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud “Malaysia Merdeka” telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

“JPJ ingin mengucapkan tahniah kepada pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September 2023. 

“Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

“JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan