26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Agong miliki plat GOLD 1, nilai bidaan RM1.5 juta

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan keluaran khas GOLD 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM1.5 juta.

Nombor plat GOLD 1 itu juga sekali gus merekodkan bidaan tertinggi dalam sejarah negara yang disalurkan oleh Seri Paduka kepada Kerajaan Persekutuan.

Menerusi hantaran dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara, hari ini.

Pada pertemuan itu, Anthony turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Nombor plat kenderaan keluaran khas GOLD 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara.

Advertisements

“Sebanyak RM1.5 juta akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan,” menurut hantaran tersebut.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan nombor pendaftaran istimewa siri GOLD itu bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Bidaan itu dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) mulai 1 Februari lalu, sehingga jam 10 malam 5 Februari ini.

Tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD ini melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum ditetapkan, dengan nombor bernilai utama (golden) pada RM 20,000, nombor menarik (attractive) pada RM3,000, nombor popular (popular) pada RM 800 dan nombor biasa (running) pada RM 300. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan