28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Azman ganti Pkharuddin sebagai Ketua Pengarah Pendidikan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Azman sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali yang bersara wajib pada 7 November tahun lalu.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, Azman berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan.

Menurut kementerian itu, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum menyambung Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM).

“Beliau memulakan kerjaya sebagai guru sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran; Penyelia Petang; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Penolong Kanan Pentadbiran; Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua Sekolah.

Advertisements

“Azman berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat; Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada peringkat Pengurusan Tertinggi KPM, Azman berpengalaman menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional; Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Beliau kemudiannya dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

“Semoga pengalaman luas Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan,” kata kementerian itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan