Tuesday, July 21, 2026

Dr Zaliha sahkan Najib jalani rawatan di hospital

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menjalani rawatan di hospital.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci masalah kesihatan yang dihadapi Najib.

“Boleh sahkan dia masuk ke hospital. Apa yang berlaku, rawatan dan penyakit is very confidential.

“Saya tak boleh jelaskan di sini, itu saja saya boleh katakan,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Najib kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas dijangkiti Covid-19 semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi menerusi kenyataan dan memaklumkan, Najib dikejarkan ke HKL kelmarin selepas mengadu demam.

Pemeriksaan dilakukan doktor pakar mendapati beliau didapati positif Covid-19.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara berhubung skandal penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan