33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tindakan pantas LUAS elak tumpahan minyak cemar sungai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang pencemaran sungai daripada tumpahan minyak daripada sebuah treler yang terlibat kemalangan di Kilometer 436.8 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Rawang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, bertindak atas maklumat pada jam 5 petang, LUAS bergegas ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti risiko terhadap sumber air berhampiran.

Katanya, semakan LUAS di lokasi mendapati berlaku tumpahan minyak enjin kenderaan di atas jalan sehingga memasuki sistem saliran berdekatan.

“Aliran bahan cemar itu berpotensi memasuki Sungai Serendah dan anak-anak sungai berdekatan lain antaranya Sungai Garing, Sungai Kundang, Sungai Sembah dan seterusnya Sungai Selangor.

“Jarak lokasi tumpahan itu dengan loji rawatan air (LRA) utama terhampir negeri iaitu LRA Rantau Panjang sekitar 19.1km hingga 23.8km,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Berikutan itu, kata Jamaliah, langkah pencegahan awal dilakukan dengan meletakkan serbuk kayu di kawasan terlibat dan di sepanjang longkang sebagai inisiatif pencegahan bagi mengekang insiden bertambah teruk.

“Inisiatif pencegahan dipertingkatkan LUAS termasuk meletakkan 50 oil pad di dalam longkang lebuh raya itu bagi mengelakkan sisa minyak mengalir ke sungai berhampiran.

“Berdasarkan pemantauan mendapati kerja pembersihan diselesaikan oleh pihak PLUS sekitar pukul 1.45 pagi tadi.

“Pemerhatian di jalan dan longkang berhampiran serta semakan di Sungai Serendah mendapati tiada kesan bahan pencemar yang masuk ke dalam aliran sungai.

“Kesan daripada tindakan mitigasi segera ini berjaya mengelakkan risiko dan impak kepada operasi LRA utama negeri,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan