Saturday, June 13, 2026

Menteri Keselamatan Awam China tiba di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Keselamatan Awam China Wang Xiaohong selamat tiba hari ini untuk memulakan lawatan kerja selama tiga hari di Malaysia.

Pesawat Air China yang membawa Wang yang juga Ahli Majlis Negara dan delegasinya itu mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 12.15 tengah hari.

Antara yang hadir menyambutnya ialah Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi.

Wang dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Antara agenda pertemuan yang dijangka berlangsung termasuk perbincangan jenayah rentas sempadan selain bertukar-tukar pandangan tentang keselamatan serantau dan isu global.

Wang juga akan ke Melaka sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Malaysia. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan