27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Sungai Sembah keruh, tidak berisiko gangguan bekalan air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan tiada risiko berlaku gangguan operasi Loji Rawatan Air (LRA) utama di negeri itu susulan air keruh yang dikesan di Sungai Sembah semalam.

LUAS menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah melaksanakan pemantauan sepanjang malam di Sungai Selangor dimana bacaan kualiti air iaitu tahap kekeruhan di analisa setiap jam.

“Operasi pemantauan kemudiannya ditamatkan jam 2 pagi tadi setelah didapati kualiti air kembali pulih seperti keadaan biasa di bawah 500 NTU bacaan kekeruhan,”katanya.

LUAS berkata, pemerhatian mendapati peningkatan kadar kekeruhan itu disebabkan hujan lebat di kawasan Sungai Sembah petang semalam.

Advertisements

Susulan itu katanya, LUAS akan terus memantau keadaan semasa di sungai-sungai terlibat dan bersiap siaga untuk tindakan-tindakan mitigasi yang perlu.

Semalam, media melaporkan LUAS mengesan kekeruhan air susulan hujan lebat di kawasan lembangan Sungai Selangor.

Semakan kemudian mengesan kadar kekeruhan sehingga 595 NTU yang direkodkan di Sungai Sembah, jam 7 malam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan