34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Nora Ariffin masuk ICU akibat sesak nafas

Mesti Baca

PENYANYI terkenal, Datuk Nora Ariffin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami sesak nafas.

Perkara itu dikongskikan sendiri oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli sebelum dikongsikan Aishah menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

“Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua,” tulis Rushdi.

Advertisements

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah juga turut berkongsi hantaran oleh kelab peminat Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, dan meminta mendoakan penyanyi itu segera sembuh.

“Allahuakbar adikku Nora. Mari kita panjatkan doa, semoga memperoleh kesembuhan,” katanya.

Setakat ini, tidak ada perkembangan lanjut mengenai keadaan terkini kesihatan Nora. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan