27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

4 sekeluarga, seorang anggota bomba alami sesak nafas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT sekeluarga termasuk dua kanak-kanak mengalami sesak nafas dan pengsan selepas rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian berlaku di Jalan SE Utama, Taman Samudera Teres, Gombak tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu juga turut menyebabkan seorang anggota bomba mengalami sesak nafas semasa melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 malam, pada Khamis. Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang tiba di lokasi kejadian pada 12.21 pagi.

“Kebakaran melibatkan rumah teres tiga tingkat dengan anggaran kebakaran 50 peratus.

“Terdapat empat sekeluarga terdiri daripada ibu bapa dan dua anak mereka berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian itu berlaku.

Advertisements

“Ibu bapa dan anak lelaki mereka mengalami sesak nafas manakala seorang lagi anak perempuan mereka tidak sedarkan diri,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Md Razali berkata, mangsa kanak-kanak perempuan yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Selayang dengan menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Rawang untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala mangsa yang lain termasuk anggota bomba yang mengalami sesak nafas turut dibawa ke hospital yang sama dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Punca kebakaran dan anggara kerugian masih dalam siasatan,”ujarnya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan