30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Komuniti Maritim dinasihat berwaspada perubahan cuaca

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menasihatkan komuniti maritim terutamanya di negeri Sabah agar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada berikutan negara sedang dalam fasa peralihan monsun.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, berdasarkan kepada amaran angin kencang dan laut bergelora amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, dijangka bermula semalam sehingga 18 julai 2023, angin kencang barat berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat dan Sabah Timur.

“Keadaan angin kencang sehingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter amat bahaya kepada bot-bot kecil, pengusaha bot penumpang dan aktiviti rekreasi laut.

“Justeru itu, komuniti maritim dinasihatkan untuk peka dengan amaran yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa.

Advertisements

“Pemakaian jaket keselamatan hendaklah diberi perhatian agar dapat mengurangkan sebarang risiko yang bakal berlaku,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri, memaklumkan kepada keluarga tujuan ke laut serta lokasi, memastikan bot selamat untuk digunakan dan sentiasa peka pada cuaca semasa.

Sekiranya berlaku insiden di laut, komuniti diminta untuk terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditalian 088- 387774 yang beroperasi 24 jam. – Edisi 9

.

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan