24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

Fadhlina bahagi masa bertemu rakyat, pastikan kemenangan dalam PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek akan membahagikan masanya untuk bertemu rakyat di luar waktu pejabat bagi memastikan kemenangan parti itu di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini kerana katanya, sebagai komitmen beliau sebagai Ketua Wanita memandangkan bahang kehangatan PRN sudah makin terasa.

“Malam tadi saya hadir dalam program Bicara Rakyat anjuran Media Perpaduan Malaysia bertajuk ‘Malaysia di ambang PRN 2023’.

“Kita mahukan rakyat mendapatkan pencerahan tentang proses demokrasi sebenar, mesti mengetahui pilihan-pilihan yang terbaik untuk negara dan kita mahu bercakap soal kestabilan yang akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, kata Menteri Pendidikan itu, rakyat mesti menolak politik fitnah, politik kebencian, politik perkauman yang hanya membawa kepada perbalahan, permusuhan dan kecurigaan sesama kita.

Advertisements

“Kita mahukan politik sihat yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Pemimpin yang mengangkat martabat rakyat dengan usaha pembasmian kemiskinan, di Kementerian Pendidikan kita mahu noktahkan isu keciciran pelajar.

“Kita angkat budaya ilmu, galakkan membaca, mengkaji dan berfikir. Jadi saya mahu kita tidak terkeliru tentang penipuan, fitnah yang disebar.

“Lihat sendiri apa yang telah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat laksanakan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan