27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Beri peluang kepada calon MUDA dalam PRN- Syed Saddiq

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) SYED Saddiq Syed Abdul Rahman, mengharapkan peluang dapat diberi oleh rakyat kepada calon pemimpin muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos ini.

Beliau bagaimanapun mengakui parti itu tiada kawalan dalam kerajaan negeri, kerajaan Persekutaan atau media.

“Tetapi, kami akan menjadi suara hati nurani anda. Kami mahu bawa politik baharu.

“Benar, calon kami adalah calon baru dan kurang pengalaman tetapi idealisme mereka tinggi.

Advertisements

“Saudara Amir Hadi, Saudari Cheda Razak, Saudari Teacher Tanusha, dan Saudari Melanie Ting. Mereka di sini untuk berkhidmat. Mereka di sini untuk berbakti demi Malaysia,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Sehubungan itu, Syed Saddiq meminta MUDA diberi peluang untuk membawa perubahan dalam politik negara dan menjadi suara hati rakyat.

“Meritokrasi. Kepelbagaian. Demokrasi. Untuk masa depan Malaysia bersama-sama,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan