25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Mat London meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKON dan pengarah tanahair, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.

Khabar pemergian Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dimaklumkan oleh anaknya, Salmany Akir menerusi satu hantaran Facebook.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kritikal menderita pelbagai komplikasi penyakit menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.57 pagi tadi.

“Sesudah laungan azan Subuh, papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat,” katanya hari ini.

Mat London dirawat di unit rawatan rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan terpaksa ditidurkan disebabkan keadaan jantung yang sangat lemah.

Advertisements

Salmany pada malam tadi memaklumkan, keadaan bapanya sedang nazak dan terlalu lemah serta memohon orang ramai mendoakan kesihatan Mat London.

Difahamkan jenazah Mat London akan dibawa ke Masjid Taman Melawati dan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London, pelakon dan pengarah, yang telah meninggal dunia hari ini. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan