Thursday, July 23, 2026

Pulisic sertai Loftus-Cheek di Milan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Itali, AC Milan terus memperkukuhkan pasukan menjelang musim baharu 2023-24 apabila membawa masuk pemain sayap, Christian Pulisic dari Chelsea.

Ketibaan Pulisic yang juga kapten skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) itu diumumkan menerusi akaun media sosial kelab awal pagi tadi.

Bakal menyarung jersi nombor 11, pemain berusia 24 tahun itu dilapor menandatangani kontrak selama empat tahun dengan opsyen tambahan setahun.

Ketibaan Pulisic di San Siro menyaksikan dia bakal beraksi bersama tiga bekas pemain Chelsea di Milan seperti pembelian baharu, Rubun Loftus-Cheek, Fikayo Tomori dan Olivier Giroud.

Anak kelahiran Pennsylvania itu memukakan karier di AS sebelum berhijrah ke Borussia Dortmund pada 2015.

Empat tahun kemudian, Pulisic meninggalkan Bundesliga untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea.

Sepanjang di Stamford Bridge, pemain sayap lincah itu melakukan 145 penampilan dalam semua kejohanan dengan 26 jaringan gol.

Pulisic turut memenangi Liga Juara Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Pemain sayap itu juga menjadi rakyat AS kedua meledak hatrik di EPL selepas melakukannya ketika menentang Burnley.

Pada musim terakhir di barat London, Pulisic bergelut dengan kecederaan yang mana dia hanya menjaringkan satu gol dan dua bantuan jaringan dalam 30 perlawanan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan