31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kon Yew calon KM Pulau Pinang – DAP

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TEKA-TEKI mengenai siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang terjawab apabila DAP menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon bagi mengisi jawatan itu untuk penggal yang kedua.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Calon DAP malam tadi yang membincangkan hal-hal Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, jawatankuasa itu diketuai olehnya dan dianggotai Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; timbalan, Gobind Singh dua naib presiden, Nga Kor Miing dan M. Kulasegaran.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau telah merestui keputusan tersebut sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Jawatankuasa juga memutuskan untuk membuat pembaharuan besar dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang mewakili DAP sekiranya diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum ini terdapat lima nama termasuk Kon Yew dan Anthony Loke disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri terbabit pada PRN 12 Ogos ini.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang juga Timbalan Menteri Kewangan II; Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo dan Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

Anthony Loke dalam pada itu berkata, senarai penuh calon yang akan mewakili DAP dalam PRN kali ini akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Calon yang seterusnya pada minggu hadapan.

“Semua calon DAP akan diumumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Penamaan Calon,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan